Saudara/Saudari,
MAKLUMAN KELEWATAN KEMASUKAN WANG BIASISWA JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) KEPADA PELAJAR BAGI SEMESTER 2 2010/2011
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Untuk makluman saudara/saudari, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah memutuskan tarikh kemasukan wang biasiswa bagi semester 2 2010/2011 untuk pelajar tajaan akan mengalami sedikit kelewatan. Bayaran bagi semester tersebut akan dibuat pada tahun hadapan iaitu di antara pertengahan bulan Januari sehingga bulan Februari 2011. Kelewatan ini adalah kerana Jabatan ini telah diarahkan untuk proses penutupan akaun bagi tahun 2010.
3. Sehubungan dengan itu, Jabatan ini menasihatkan agar para pelajar tajaan JPA mengambil langkah berjimat cermat di dalam menggunakan wang pemberian ibu/bapa/keluarga dan universiti bagi mengelakkan para pelajar mengalami masalah kewangan semaktu memulakan semester baru.
4. Sebarang kesulitan yang dialami oleh saudara/saudari dalam perkara ini amatlah dikesali.
Sekian.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Unit Latihan Sebelum Perkhidmatan (Dalam Negara)
Bahagian Pembangunan Modal Insan
b.p Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Malaysia.
source: http://ilimppfskb.blogspot.com/2011/01/makluman-kelewatan-kemasukan-wang.html
Monday, January 3, 2011
Friday, December 31, 2010
LI certificate for Final year Forensics Student
Assalamua'laikum w.b.t dan salam sejahtera
Setelah merujuk ke pihak BAKA, staf yang menguruskan sijil latihan amali menyatakan bahawa sijil bagi pelajar forensik masih belum ada. Ini berikutan bahawa,beberapa prosedur perlu diikuti iaitu:
- pelajar perlu menghabiskan latihan amali dengan lengkap
- laporan penyelia sampai ke tangan pensyarah
- pensyarah memberikan gred pelajar dan seterusnya memaklumkan ke bahagian BAKA
- setelah itu, barulah Sijil Latihan Amali dapat dikeluarkan
Insya-Allah selepas pensyarah selesai memberikan penilaian terhadap prestasi anda semasa latihan amali,sijil amali dapat dikeluarkan:)
Jika terdapat sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah berhubung dengan pihak BAKA. Sekian.
Source: http://ilimppfskb.blogspot.com/2010/12/sijil-li-utk-pelajar-forensik-tahun.html
Thursday, December 30, 2010
Congrats Malaysia and Happy New Year!
Salam and hye everybody!
As Malaysians we should be proud that our football team had managed to bring back the AFF SUZUKI CUP 2010 for the first time! Congratulations! :D
Due to the great achievement, our Prime Minister Dato' Seri Najib Tun Razak had announced that this Friday (31 Dec 2010) will be a public holiday to celebrate the winning.
Besides that, we will be celebrating the coming of 2011 this Saturday. Therefore, we would like to wish all of you a very Happy New Year. Hopefully all of us will learn from the past and get ready with our new resolutions! Together we try our best to make 2011 better than 2010! And DO TAKE CARE especially on the new year's eve! :)
Thursday, December 23, 2010
Dari Meja PPP
Perhatian kepada rakan-rakan pelajar UKM yang dikasihi,
Berkuat kuasa 1 JANUARI 2011, PPP bukan lagi berada di bawah struktur TNC HEPA (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), sebaliknya akan berada di bawah struktur TNC HEAA (Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa).
Justeru itu, sebarang kelulusan aktiviti pelajar dan urusan yang berkaitan aktiviti pelajar akan diserahkan kepada JPPel (Jabataan Perkhidmatan Pelajar).
Sekian, terima kasih.
"Mahasiswa Tunjang Aspirasi Universiti"
Monday, December 6, 2010
Salam Maal Hijrah
Salam Maal Hijrah to all muslims
MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.
Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.
To all muslims, click http://www.jomlayan.com/mybb/awal-muharram-t-4579.html for doa awal dan akhir tahun.
Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.
To all muslims, click http://www.jomlayan.com/mybb/awal-muharram-t-4579.html for doa awal dan akhir tahun.
Semakan Keputusan Peperiksaan Sem I 2010/2011
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER I SESI AKADEMIK 2010-2011
Sukacita dimaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Semester I Sesi Akademik 2010-2011 boleh disemak menerusi
web di alamat http://www.ukm.my/smpweb
menerusi gerbang SMS-UKM dengan menaip maklumat berikut:UKM RESULT<No Matrik>< No MyKad/Passport> dan hantar ke 15888Semakan boleh dibuat mulai 10 Disember 2010.
All the best and good luck! :D
Friday, November 5, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)


